Monday, 31 December 2012

Siapa yang nak Siapa masuk Syurga - versi 2



Saya Nak Masuk Syurga dengan Kamu !


Kenapa dia pakai baju tak cukup kain ?
Kenapa dia tak tutup aurat ?
Kenapa dia tak bersopan dengan mak dan ayah dia sedangkan dengan kekasih kemain lagi romantik ?
Kenapa dia abaikan mak dan ayah dia ?
Kenapa dia minum arak ?
Kenapa dia berjudi ?
Kenapa dia tak nak belajar ?

Kenapa saya mesti pandang dia ?
Kan saya yang nak masuk syurga ?

Tapi saya tak nak masuk sorang-sorang.
Saya sayang kamu.
Jomlah masuk sama-sama.
Nak masuk syurga bukannya ada turutan kalau orang tu dapat, orang lain dah tak boleh masuk.
Syurga kan terbuka.
Sesiapa sahaja pun boleh masuk.
Melainkan mereka yang enggan.

Neraka tu sangat seksa ~
Siapa lah yang sanggup memenuhkan perut dengan zaqqum, minum air menggelegak macam unta kehausan, duduk dalam angin yang amat panas dan air yang mendidih, naungan asap hitam, - al-Waqi’ah- dan macam-macam lagi seksaan yang ALLAH dah bagitahu.
Kalau ALLAH dah bagitahu, macamana kita nak claim yang kita ini tak tahu melainkan kita yang tak nak ambil tahu, kan ? ma’nanya bila hukuman dijatuhkan, kena terima sajalah.
Zaqqum itu sangat tak sedap ~
Kopi panas pun kita tak mampu minum sekaligus segelas besar, macamana dengan air yang itu ?

Saya tak nak kita menderita.
Cukuplah di dunia saja kita menderita, ya ?
Jomlah masuk syurga sama-sama.
Dalam tu dah tak ada perkataan keji, apatah lagi perbuatan keji.
Aman je.
Tenang.
Best !
Kalau kita suka melancong ke suatu tempat sebab keindahan dan kedamaiannya, kat syurga mesti berganda-ganda, kan ?

Jomlah masuk syurga.
Tinggalkan yang lagha,
Berbuat baik pada yang bernyawa, terutama ibubapa,
Pakaian tu yang comel molek sambil menutup aurat,
Takmo kapel-kapel, nanti kat syurga boleh minta bidadari / bidadara ~ ^^
Makan minum pun yang halal, kalau nak arak, boleh claim masa kat syurga, siap ada sungai arak lagi ~

Kesimpulan :
Jangan mulut kata mahu ke syurga,
Tapi hati entah ke mana,
Tindakan tak tentu hala,
Nanti ternganga ~
^^

No comments:

Post a Comment