Jom 'Amal al-Maktsurat al-Kubra !
Tipsnya senang
saja ~
Mula-mula
penuhkan bacaan yang zikir tu.
Yang tak ada
dalam as-Sughra tu adalah Selawat Ibrahim ; Tasbih, tahmid dan takbir ; dan Syahadah
tauhid.
Dah lancar, dah
konsisten yang tu, masuklah pula test suara baca al-Kubra.
Lepas tu kalau
duk sesaja, cuba baca ayat-ayat al-Quran yang tak ada dalam as-Sughra. Baca sekadar
untuk bagi lancar saja dahulu pun tak mengapa. Toksah nak kalut-kalut sangat
aih. Kita bukan nak konsisten laa ney, kita nak konsisten seumur hidup,
insyaALLAH ~
Haa, lepas tu
mula injakkan ke belakang sikit daripada surah al-Ikhlas tu.
Sebelum surah
al-Ikhlas, surah an-Nasr.
Bila dah
konsisten al-Fatihah sampai al-Baqarah, sambung pula dari an-Nasr sampai habis
zikir, tak ada potong-potong dah zikir, injakkan ke belakang lagi sikit.
Sebelum surah
an-Nasr, surah al-Kafirun.
Buatlah macam
biasa, iaitu sampai konsisten.
Kemudian injak
lagi ke belakang.
Tapi baca sesaja
yang ayat al-Quran yang tak ada dalam as-Sughra tu pun kalau boleh konsisten. Kalau
tak boleh pun, jangan risau. Asalkan lidah tak tergeliat jep bila dah semangat
nak baca al-Kubra tu.
Sebab bila dah
sampai surah al-Zalzalah, kita akan rasa macam dah biasa dengan ayat yang
sebelumnya iaitu al-Hasyr ayat 22-24.
Kemudian bila dah
biasa dengan al-Hasyr, kita akan terasa dah biasa pulak dengan surah Mukmin
ayat 1-3.
Akhirnya, tak
perasan pun kita dah selalu ‘amal hampir kesemua yang dalam al-Maktsurat al-Kubra
tu ~~~
Memang bagi
kebanyakan orang, berat nak baca yang al-Kubra. Tak apa, yang penting semangat
dan usaha tu ada. ALLAH bukan nak buli kita suruh baca semua sekaligus. Yang penting,
usaha, baru DIA akan buat pertimbangan untuk memasukkan dalam syurga DIA nanti
~ ^^
Kalau semangat
saja pun, insyaALLAH dapat pahala, kan ?
*tapi kalau
semedang aje pun semangat tapi lepas tu tak usaha, kita pun rasa annoying kalau
orang buat macam tu kat kita ~ heuheuheu ~
Pada saya,
apabila semangat nak buat tapi tak buat-buat juga, saya sedang memerli diri saya yang
nak masuk syurga tapi saya kalah dengan nafsu ~ oh malunya ~
No comments:
Post a Comment