Sunday, 21 December 2014

Nak chantek ? :D

Petua cantik .

Jika berkawan dengan tukang besi , melekatlah bau hamis besi dan bahan bakarnya . Si tukang besi ada baju sepersalinan jika mahu pulang . Tetapi kita ney adakah rajin nak bawa sepasang baju persalinan apabila mahu berjumpanya setiap hari ?

Jika berkawan dengan si penjual minyak wangi , melekatlah bau haruman . Pergilah ke mana sahaja . Pasti harum semerbak laluan pulang setiap hari .

Begitulah apabila kita rapat dan rajin bertemu rakan .

Hati-hatilah dalam berkawan . Jangan sampai makan hati . Nanti mati hati . :p

Begitu juga ingin cantik .
Caranya :
Rapatkan hubungan dengan Allah .
Allah Maha Cantik dan suka akan kecantikan .
InsyaAllah , jika kita rajin mendekatkan diri kepada-Nya , bukan sekadar kecantikan fizikal dan rohani , bahkan kecantikan komunikasi , 'aqal dan 'amal akan menyertai . ;)

No comments:

Post a Comment