Friday, 12 October 2012

Titisan Air-air 'Ilmu

oh air ~


'ilmu yang dititiskan
kalau tak dapat nak ambil waktu tu, cobalah cari bekas nak tadah kat bawahnya~

'ilmu ney ibarat air laut.. ada seorang yang akan selukkan tangannya dahulu ke dalam air laut, kemudian akan dituruti yang lain atau disertai yang lain.. ada juga yang datang kemudian..

bila orang yang mula-mula datang tu nak kongsi 'ilmu yang dia dapat, orang lain akan menadah.. tapi tangan kita pun besar mana dan poros pula tu.. orang yang nak bagi 'ilmu tu, kadang-kadang air dah meresap dalam tangannya jadi dia pun tak reti nak berkongsi 'ilmu tu tapi dia nak amal sendiri-sendiri tu bolehlah.. dan kadang-kadang 'ilmu itu tercicir dari tangan sebab cara dia tampung air tu tak kemas ke, air boleh lalu celah-celah jari dan menitis tanpa ada tangan yang sempat menyambut 'ilmu itu untuk meneruskan kegemilangan 'ilmu tu..

lepas tu berapa sangatlah yang dia dapat bagi.. kalau kita nak curahkan air ke tanah pun, bukan semua ke tanah, mesti ada yang terlekat kat tangan kita, kannn~ jadinya, setiap 'ilmu itu kalau boleh si penerima perlu duduk dan setia dengan guru tu.. nak ambil air yang melekat kat tangan tu, mestilah kena bersalam dan bukan sekali je, air kat tangan pemberi tu dah melekat kat tangan penerima.. mesti kena buat banyak kali jugak, kan..

si penerima tu pun ada juga yang gelong atau ada masa-masa yang dia gelong, pun tak dapat nak tangkap dan simpan kekemas air tu..

ada juga tangan pemberi tu yang dah kotor, tak nak bersihkan pula, si penerima 'ilmu itu akan dapat air dari tangan pemberi, dalam keadaan air tu dah tak berapa suci, tak jernih, tak cantik, kot dah bertukar warna dah kot.. ;p
dan ada juga yang ambil air dari sungai, mata air, salji yang dah cair, longkang, paip.. jadi, air pun boleh jadi bercampur-campur. lagilah sukar nak tentukan yang mana benar, nak tapis sebab setiap jenis air memerlukan penapis yang berbeza.. hasilnya air yang kita dapat tu akan jadi macam,,, hmmm~
rasanya mungkin itulah salah satu faktor kenapa orang dulu hebat dalam bidang 'ilmu.. kerana 'ilmu yang mereka terima masih kurang dicemari berbanding dengan apa yang kita dapat hari ini.. tapi, takkan nak buat derk pula.. jadinya penyelesaiannya adalah kembali ke akar ke'ilmuan.. jangan duk cedok tanpa usul periksa.. bergurulah dengan orang yang selayaknya digelar guru ! bukan yang menumpang gelaran guru.. jaga adab dengan guru.. melihat, merenung, mantafsir dan bertanya/berkongsi..

dan yang paling pentng, jom kita timba 'ilmu dari sumber 'ilmu itu sendiri ! 'ilmu agama, tentulah merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah yang benar.. 'ilmu matematik, lihatlah formulanya.. 'ilmu biologi, kaitankan dengan bio nya, jangan duk campur-campur sumber.. kalau bidang falak, tengoklah ke langit, jangan duk mengais rumput tapi berbicara soal langit dan angkasa~

kembalilah ke akar 'ilmu dalam memelihara kesuciannya !
dan, manfaatkan sebaik mungkin air yang kita dapat supaya generasi akan datang tidak terkeliru yang menyebabkan masalah-masalah bersangkutan muncul dan menyusahkan generasi yang sedia susah dengan segala macam cabaran~


*tak reti melihat, bagaimana nak melihat peta.. tak ada 'ilmu, bagaimana nak membaca peta.. dan kalau membaca peta tapi tak ada lampu/cahaya untuk redah kesuraman 'alam dunia, bagaimana nak bergerak..
kalau macam tu, sampai bila-bila pun kita takkan jumpa jalan nak ke syurga !



assalamu'alaik.

No comments:

Post a Comment