Usrah pertama badan gabungan negeri untuk sem 1 2012/2013
terasa macam banyak sangat yang saya dapat belajar !
permulaan usra, ada lah seorang brother yang memimpin sesi suai kenal.. sebab semalam sepatutnya usrah negeri Perak dibuat di LR3 tapi bila kami sampai, kelas tu dah digunakan. aktif sungguh budak uia malam tadi.. semua ceruk ada aktiviti.. *salah satunya : SLEU.* jadinya, usrah negeri Perak pun digabungkan dengan Negeri Sembilan.. ada juga dari negeri lain sebab deme tak jumpa kelas yang deme nak usrah.. *haa?*
ok, sambung balik.. ingatkan brother tu sebaya saya atau lebih tua.. ghopenya baru 19 tahun~ kreatif ! ^^
lepas tu dimulakan dengan ayat al-Quran.. *waktu tu saya keluar kelas sebentar.. tapi dia nak kaitkan dengan tajuk usrah iaitu Penawar Hati.. dia nak kaitkan khauf dan raja' tapi semalam meriah, semua orang nak bercakap, hanya sempat nak borak pasal khauf sahaja..
antara yang dibangkitkan :
- kenapa ada perasaan takut?
- takut kepada manusia boleh membawa kepada takut kepada ALLAH.. yang ini, nampak macam ramai juga yang setuju.. sebab contohnya : bila kita takut pada ibu bapa kita, kita akan turut perintahnya sebab takut azab ALLAH bila melawan kata-kata ibu bapa.. tapi kena tengok juga lah arahan apa, kan~ kemudian takut kepada orang yang zalim pun boleh membawa kita takut kepada ALLAH juga.. sebab takut ALLAH Yang Maha Kuasa tu buat kat kita, takut-takut ALLAH buat kita pulak ke jadi macam tu, minta perlindungan daripada ALLAH..
- takut kepada hantu. ada yang takut kepada hantu sebab takut hantu tu boleh buat dia lupa kat ALLAH.. yelah, sebab bila kita terlalu takut kepada hantu, berapa banyak pula ketakutan yang tinggal dalam diri kita untuk peruntukkan kepada ALLAH? ada juga yang bagi contoh : hantu ney akan kacau orang jahat.. jadi bila dikacau, orang jahat tu akan automatik nak sebut nama ALLAH.. pada saya, mungkin kalau kena macam tu, secara tak langsung dia berzikir lah juga sedikit dan mungkin dapat bersihkan taman yang ada dalam hati dia tu~ :D
*ada lagi pengisian : Hadith ke-13 daripada Hadith 40.. tapi saya mengantuk sekarang.. semalam usung motor dalam hujan lebat dengan menggalas beg berat.. alhamdulillah ada seorang lelaki datang, dia pulak yang tolong tolak motor saya ke tempat teduh, dalam keadaan hujan lebat sementara saya bawa motor dia.. sebab tu lah hari ney penin-penin ngantuk-ngantuk.. :)
cuma sepintas lalu, pembentang turut cerita pasal siapa itu Anas bin Malik yang digelar Abu Hamza yang meriwayatkan hadith tu, macamana dapat gelaran, do'a Nabi untuknya, siapa ibu bapanya, apa pekerjaannya, apa kaitan dirinya dengan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam,,,
kemudian kerana kemeriahan usrah semalam, ramai juga yang berkongsi perihal sahabat.. antara sahabat baik dan keinginan kita (lapar, mengantuk, dahaga), adab sahabat, pengkelasan sahabat oleh Imam al-Ghazali,,,
kalau ingat nak post, saya post.. :p
assalamu'alaik. ^^
No comments:
Post a Comment