Thursday, 15 November 2012

Oh, Cantiknya !


Oh, Cantiknya !


Alis mata lentik.
Kening cantik ter-ukir.
Kulit yang cerah.

Halo halo halo ~ siapa yang mula-mula tetapkan wajah seseorang yang cantik itu mesti sedemikian ghope?

Benar, mata hanya memandang ke luar, melihat orang lain sehingga mengabaikan diri sendiri. Kasihhhan~

Siapa yang tidak bersetuju kalau dikatakan cantik itu subjektif ?

Ok, rewind sat. Apa yang dimaksudkan dengan subjektif? Ia bermaksud jawapan yang bergantung kepada pemerhati/pemeriksa. Bagi contoh kertas soalan sejarah. Satu soalan, tapi jawapannya pelbagai oleh pelajar-pelajar yang menjawab. Tapi ramai pulak yang berpeluang dapat markah penuh. Tapi bila pergi curi-curi tengok kertas skema jawapan yang cikgu bawa ke kelas, jawapannya sikit sahaja, pendek-pendek. Sebab apa? Sebab soalan itu berbentuk subjektif. Mengikut pemahaman penjawab soalan. Kalau kena pada fakta, betullah tu, cikgu pun bagi tanda ‘rite’.

Tetapi ramai yang pandai bercakap, kurang menterjemahkan ke dalam bentuk tindakan. Kata subjektif, tapi otak duk fikir objektif juga~ kenapa dikatakan di-objektifkan juga? Sebab kalau kita buat kajian semasa tentang ciri-ciri wanita yang cantik, kita bagi jawapan yang kena ‘tick-tick’ tu, opkos penjawab akan menjawab macam yang di atas tadi tu, memula tadi. Kalau tak ‘tick’ pun, jawab dalam hati, kaaan~
Itu buktinya kurangnya keyakinan tentang kecantikan yang ALLAH dah bagi.

Meh nak bagi jelas lebih sikit.

Contoh :

3 orang yang berjiran bilik di sebuah blok asrama. A keluar bilik, nampak B. Dia rasa B ni cantik. A pun masuklah bilik, ubah-ubah sikit, tiru sikit gaya B. Tak boleh tiru banyak-banyak nanti orang perasan. B ni pulak, tetengah jalan, terserempak dengan C. B kagum dengan penampilan C. B pun berazam lepas kelas, dia nak balik bilik. Petang nanti bila keluar dia nak tiru gaya C. C ni pulak semasa berselisih dengan B, dia dalam perjalanan nak balik ke bilik, baru lepas sarapan di kafe. Dekat-dekat nak sampai bilik, dia terserempak pula dengan A. Makanya berputarlah kembali macam tindakan A tengok B, B tengok C~

*ce bayang kalau ber-trillion-trillion-trillion-mullion orang buat peghangei seghope itu ?

Betapa tak yakinnya mereka ini dengan penampilan sendiri. Walhal orang punya lah nak tiru penampilan dia tu kannn~ sampai cover-cover takut-takut orang kata dia nak copy-paste orang tu.

See see see ~ ALLAH dah cipta kita yang terbaik untuk diri kita. Cuma kita yang tak hargai. Terlalu melihat kepada yang lain sehingga gagal melihat kelebihan yang ALLAH bagi.

Be yourself, my dear !

Every single living is very special ~ don’t make you look pity to yourself *tettt* ~ ^^

Hargai apa yang ada~
Kerana dirimu begitu berharga~

No comments:

Post a Comment