Monday, 31 December 2012

Siapa yang nak Siapa masuk Syurga - versi 2



Saya Nak Masuk Syurga dengan Kamu !


Kenapa dia pakai baju tak cukup kain ?
Kenapa dia tak tutup aurat ?
Kenapa dia tak bersopan dengan mak dan ayah dia sedangkan dengan kekasih kemain lagi romantik ?
Kenapa dia abaikan mak dan ayah dia ?
Kenapa dia minum arak ?
Kenapa dia berjudi ?
Kenapa dia tak nak belajar ?

Kenapa saya mesti pandang dia ?
Kan saya yang nak masuk syurga ?

Tapi saya tak nak masuk sorang-sorang.
Saya sayang kamu.
Jomlah masuk sama-sama.
Nak masuk syurga bukannya ada turutan kalau orang tu dapat, orang lain dah tak boleh masuk.
Syurga kan terbuka.
Sesiapa sahaja pun boleh masuk.
Melainkan mereka yang enggan.

Neraka tu sangat seksa ~
Siapa lah yang sanggup memenuhkan perut dengan zaqqum, minum air menggelegak macam unta kehausan, duduk dalam angin yang amat panas dan air yang mendidih, naungan asap hitam, - al-Waqi’ah- dan macam-macam lagi seksaan yang ALLAH dah bagitahu.
Kalau ALLAH dah bagitahu, macamana kita nak claim yang kita ini tak tahu melainkan kita yang tak nak ambil tahu, kan ? ma’nanya bila hukuman dijatuhkan, kena terima sajalah.
Zaqqum itu sangat tak sedap ~
Kopi panas pun kita tak mampu minum sekaligus segelas besar, macamana dengan air yang itu ?

Saya tak nak kita menderita.
Cukuplah di dunia saja kita menderita, ya ?
Jomlah masuk syurga sama-sama.
Dalam tu dah tak ada perkataan keji, apatah lagi perbuatan keji.
Aman je.
Tenang.
Best !
Kalau kita suka melancong ke suatu tempat sebab keindahan dan kedamaiannya, kat syurga mesti berganda-ganda, kan ?

Jomlah masuk syurga.
Tinggalkan yang lagha,
Berbuat baik pada yang bernyawa, terutama ibubapa,
Pakaian tu yang comel molek sambil menutup aurat,
Takmo kapel-kapel, nanti kat syurga boleh minta bidadari / bidadara ~ ^^
Makan minum pun yang halal, kalau nak arak, boleh claim masa kat syurga, siap ada sungai arak lagi ~

Kesimpulan :
Jangan mulut kata mahu ke syurga,
Tapi hati entah ke mana,
Tindakan tak tentu hala,
Nanti ternganga ~
^^

Siapa yang nak Siapa masuk Syurga - versi 1


Saya Nak Saya Masuk Syurga 


Kenapa dia pakai baju tak cukup kain ?
Kenapa dia tak tutup aurat ?
Kenapa dia tak bersopan dengan mak dan ayah dia sedangkan dengan kekasih kemain lagi romantik ?
Kenapa dia abaikan mak dan ayah dia ?
Kenapa dia minum arak ?
Kenapa dia berjudi ?
Kenapa dia tak nak belajar ?

Kenapa saya mesti pandang dia ?
Kan saya yang nak masuk syurga ?

oh al-Maktsurat al-Kubra ~


Jom 'Amal al-Maktsurat al-Kubra !


Tipsnya senang saja ~

Mula-mula penuhkan bacaan yang zikir tu.

Yang tak ada dalam as-Sughra tu adalah Selawat Ibrahim ; Tasbih, tahmid dan takbir ; dan Syahadah tauhid.

Dah lancar, dah konsisten yang tu, masuklah pula test suara baca al-Kubra.

Lepas tu kalau duk sesaja, cuba baca ayat-ayat al-Quran yang tak ada dalam as-Sughra. Baca sekadar untuk bagi lancar saja dahulu pun tak mengapa. Toksah nak kalut-kalut sangat aih. Kita bukan nak konsisten laa ney, kita nak konsisten seumur hidup, insyaALLAH ~

Haa, lepas tu mula injakkan ke belakang sikit daripada surah al-Ikhlas tu.
Sebelum surah al-Ikhlas, surah an-Nasr.

Bila dah konsisten al-Fatihah sampai al-Baqarah, sambung pula dari an-Nasr sampai habis zikir, tak ada potong-potong dah zikir, injakkan ke belakang lagi sikit.
Sebelum surah an-Nasr, surah al-Kafirun.

Buatlah macam biasa, iaitu sampai konsisten.

Kemudian injak lagi ke belakang.

Tapi baca sesaja yang ayat al-Quran yang tak ada dalam as-Sughra tu pun kalau boleh konsisten. Kalau tak boleh pun, jangan risau. Asalkan lidah tak tergeliat jep bila dah semangat nak baca al-Kubra tu.
Sebab bila dah sampai surah al-Zalzalah, kita akan rasa macam dah biasa dengan ayat yang sebelumnya iaitu al-Hasyr ayat 22-24.

Kemudian bila dah biasa dengan al-Hasyr, kita akan terasa dah biasa pulak dengan surah Mukmin ayat 1-3.

Akhirnya, tak perasan pun kita dah selalu ‘amal hampir kesemua yang dalam al-Maktsurat al-Kubra tu ~~~

Memang bagi kebanyakan orang, berat nak baca yang al-Kubra. Tak apa, yang penting semangat dan usaha tu ada. ALLAH bukan nak buli kita suruh baca semua sekaligus. Yang penting, usaha, baru DIA akan buat pertimbangan untuk memasukkan dalam syurga DIA nanti ~ ^^

Kalau semangat saja pun, insyaALLAH dapat pahala, kan ?

*tapi kalau semedang aje pun semangat tapi lepas tu tak usaha, kita pun rasa annoying kalau orang buat macam tu kat kita ~ heuheuheu ~
Pada saya, apabila semangat nak buat tapi tak buat-buat juga, saya sedang memerli diri saya yang nak masuk syurga tapi saya kalah dengan nafsu ~ oh malunya ~

Tuesday, 25 December 2012

MAAF, CIKGU ~ TERIMA KASIH, CIKGU ~

MAAF, CIKGU ~ TERIMA KASIH, CIKGU ~

12 x 3 = 39 !
Salah !
Maaf, cikgu.

Esoknya :
12 x 3 = 37 !
Salah ! awak ney ulangkaji ke, tidak apa yang saya ajar ?
Maaf, cikgu.

Dan begitulah seterusnya ~
Akhirnya perkataan maaf itu sudah tiada ertinya kepada sang guru.

Bukan kata maaf yang dipintanya saban hari apabila sang murid melakukan kesalahan.
Tetapi penghargaan kepadanya sebagai seorang guru.
Seorang guru, apabila berhadapan dengan situasi “’maaf’ yang tidak bererti” ini akan memikirkan 3 perkara :

1- menyalahkan diri sendiri
                “ aku ney teruk sangat ke sampai anak murid aku tak boleh nak ingat apa yang aku ajar ? “
                “ aku ney tak reti mengajar rupanya “
                “ sedihnya aku ~ “ T_T

2- buat tak peduli
                “ yang penting, tugas aku dah lepas “
                “ ok, korang yang nak Berjaya, ikut suka hati engkorang lah “

3- marah pada anak murid
                “ engkau ney bodoh lah. Kecik-kecik tak nak mampus “
                “ engkau ney apasal ? makan semut, lepas tu bermain aje tahu “
                “ bodoh lah engkau ney ! tak payah sekolah lah. Menyusahkan aku aje nak mengajar engko “

Seorang guru , atau sesiapa sahaja, bukanlah kemaafan yang berulang yang dia nak dengar. Semua akan mengharapkan perubahan kepada orang yang telah berbuat salah.

Tak payah pergi jauh, tengok diri sendiri. Kalau ada orang buat salah dengan kita, kali pertama, kita akan memaafkan dengan harapan orang tu takkan buat lagi dah. Tapi, apabila kesalahan berulang yang dilakukan, sakit hati, bukan ?

Damaikan perasaan 
Lupakan segala kedukaan 
Leraikan sengketa 
Yang melanda di antara kita oohh... 

Usahlah dikenang 
Segala kedukaan lama 
Biarkan ianya 
Terlerai dari hati mu oh teman 

Jangan diulang kesilapan lama 
Bersama kita pastikannya 
Kerana orang beriman tidak melakukan 
Kesilapan berulang kali 

Lihatlah hari esok 
Yang bakal kita hadapi bersama 
Semoga ia menjanjikan 
Ketenangan yang kita cari 

Ku tahu kita merindukan 
Ku tahu kita mengidamkan 
Ketenangan dan kedamaian
Brothers : Kedamaian

Hayati bait yang ini :
Jangan diulang kesilapan lama 
Bersama kita pastikannya 
Kerana orang beriman tidak melakukan 
Kesilapan berulang kali 

Tada ! dah dapat 1 contoh bahawa kita ini masih lagi belum mencapai tahap takrifan sebenar ‘orang beriman’, kan ?

Begitu juga dengan kata ucap “Terima kasih”.

Bagi seorang aktivis, da’I atau guru, bukanlah ucapan terima kasih yang diharapkan, tetapi pengamalan kita terhadap ‘ilmu yang diberikan !

Samalah macam kita lepas makan, cakap terima kasih kepada tukang masak. Tapi lepas tu kita kutuk pulak kata masakan dia tak sedap. Tapi, itu the worst lah. Tukang masak tu bukannya kisah pun masakan tu dia buat macamana, sampai melecur tangan ke, dapur kotor ke, tetapi yang diharapkan adalah kegembiraan di wajah orang yang merasai masakan itu. Siapa yang tak percaya, boleh cuba ~ tapi kebiasaannya, lepas masak, orang yang masak tu mesti cuak dan akan bertanya

“sedap tak ? “

“ masin ke ? “

“ engkau makan sampai berkerut muka, siap kau “ *nada gurau. Tapi lepas tu orang yang makan tu memang berkerut pun mukanya. Tentu yang memasak akan berkecil hati, kan ?

“ tawar ae ? “

Dan pelbagai lagi bentuk soalan.


Kesimpulannya :
Apabila berbuat salah, minta maaf dan berubahlah .
Apabila benar benar menghargai, tunjukkanlah . ^^