Bencana alam di musim tengkujuh memang sudah dijangka setiap tahun .
Namun setiap tahun jugalah masalah air naik tidak dapat diatasi .
Apabila sudah terjadi , baru terkial-kial mahu membantu .
Bina masjid atau sekolah , selama mana mendatangkan kebaikan , kita hargai dan sanjungi .
Tetapi bab banjir yang sudah acapkali dilalui tiada juga tindakan bagi mengelakkan masalah berulang .
Apabila banjir telah surut , mangsa akan kembali ke rumah dan masyarakat Malaysia akan kembali menjalani kehidupan seperti biasa , tanpa langkah pencegahan banjir di musim tengkujuh mendatang .
Itu satu hal .
Ini lagi satu hal .
Bencana banjir bukan setakat amaran .
Ia lebih dari itu .
Antara kata-kata yang sering diucap apabila menerima musibah (selain inna lillahi wa inna ilaihi raji'un) adalah "Setiap dugaan/ujian yang Allah beri itu salah satu sebabnya adalah menguatkan lagi kita untuk akan datang." (Tapi tak tahulah zaman sekarang ney dah tak wujud lagi kata-kata semacam ini.)
Beruntunglah mereka yang diuji dengan musibah .
Allah sedang mempersiapkan mereka dengan kehidupan akhir zaman yang lebih dahsyat , yang telah digambarkan terdahulu kepada kita .
Berbanding dengan manusia ciptaan-Nya , baik muslim atau belum muslim yang tidak diduga .
Lebih sadis , mereka yang diduga tetapi tidak sedar dan tidak mengambil pengajaran apatah lagi berubah .
Bersabarlah !
Setiap keadaan ; kuat-lemah , baik-buruk , senang-susah ,,... semuanya ada kebaikan dan keburukan tersembunyi .
Cuma lebih jelas keburukannya pada mereka yang diuji secara nyata .
Bertenanglah !
Syurga itu tenang dan penuh ketenangan .
Jika benar datangnya kita dari syurga , dan ke syurga kita kembali , hayatilah dugaan-Nya dengan penuh senyuman . ;)
Mencari Hikmatullah
~menghayati erti syukur~
Monday, 29 December 2014
Sunday, 21 December 2014
Nak chantek ? :D
Petua cantik .
Jika berkawan dengan tukang besi , melekatlah bau hamis besi dan bahan bakarnya . Si tukang besi ada baju sepersalinan jika mahu pulang . Tetapi kita ney adakah rajin nak bawa sepasang baju persalinan apabila mahu berjumpanya setiap hari ?
Jika berkawan dengan si penjual minyak wangi , melekatlah bau haruman . Pergilah ke mana sahaja . Pasti harum semerbak laluan pulang setiap hari .
Begitulah apabila kita rapat dan rajin bertemu rakan .
Hati-hatilah dalam berkawan . Jangan sampai makan hati . Nanti mati hati . :p
Begitu juga ingin cantik .
Caranya :
Rapatkan hubungan dengan Allah .
Allah Maha Cantik dan suka akan kecantikan .
InsyaAllah , jika kita rajin mendekatkan diri kepada-Nya , bukan sekadar kecantikan fizikal dan rohani , bahkan kecantikan komunikasi , 'aqal dan 'amal akan menyertai . ;)
Jika berkawan dengan tukang besi , melekatlah bau hamis besi dan bahan bakarnya . Si tukang besi ada baju sepersalinan jika mahu pulang . Tetapi kita ney adakah rajin nak bawa sepasang baju persalinan apabila mahu berjumpanya setiap hari ?
Jika berkawan dengan si penjual minyak wangi , melekatlah bau haruman . Pergilah ke mana sahaja . Pasti harum semerbak laluan pulang setiap hari .
Begitulah apabila kita rapat dan rajin bertemu rakan .
Hati-hatilah dalam berkawan . Jangan sampai makan hati . Nanti mati hati . :p
Begitu juga ingin cantik .
Caranya :
Rapatkan hubungan dengan Allah .
Allah Maha Cantik dan suka akan kecantikan .
InsyaAllah , jika kita rajin mendekatkan diri kepada-Nya , bukan sekadar kecantikan fizikal dan rohani , bahkan kecantikan komunikasi , 'aqal dan 'amal akan menyertai . ;)
Monday, 31 December 2012
Siapa yang nak Siapa masuk Syurga - versi 2
Saya Nak Masuk Syurga dengan Kamu !
Kenapa dia pakai
baju tak cukup kain ?
Kenapa dia tak
tutup aurat ?
Kenapa dia tak bersopan
dengan mak dan ayah dia sedangkan dengan kekasih kemain lagi romantik ?
Kenapa dia
abaikan mak dan ayah dia ?
Kenapa dia minum
arak ?
Kenapa dia
berjudi ?
Kenapa dia tak
nak belajar ?
Kenapa saya mesti
pandang dia ?
Kan saya yang nak
masuk syurga ?
Tapi saya tak nak
masuk sorang-sorang.
Saya sayang kamu.
Jomlah masuk
sama-sama.
Nak masuk syurga
bukannya ada turutan kalau orang tu dapat, orang lain dah tak boleh masuk.
Syurga kan
terbuka.
Sesiapa sahaja
pun boleh masuk.
Melainkan mereka
yang enggan.
Neraka tu sangat
seksa ~
Siapa lah yang
sanggup memenuhkan perut dengan zaqqum, minum air menggelegak macam unta
kehausan, duduk dalam angin yang amat panas dan air yang mendidih, naungan asap
hitam, - al-Waqi’ah- dan macam-macam lagi seksaan yang ALLAH dah bagitahu.
Kalau ALLAH dah
bagitahu, macamana kita nak claim yang kita ini tak tahu melainkan kita yang
tak nak ambil tahu, kan ? ma’nanya bila hukuman dijatuhkan, kena terima
sajalah.
Zaqqum itu sangat
tak sedap ~
Kopi panas pun
kita tak mampu minum sekaligus segelas besar, macamana dengan air yang itu ?
Saya tak nak kita
menderita.
Cukuplah di dunia
saja kita menderita, ya ?
Jomlah masuk
syurga sama-sama.
Dalam tu dah tak
ada perkataan keji, apatah lagi perbuatan keji.
Aman je.
Tenang.
Best !
Kalau kita suka
melancong ke suatu tempat sebab keindahan dan kedamaiannya, kat syurga mesti
berganda-ganda, kan ?
Jomlah masuk
syurga.
Tinggalkan yang
lagha,
Berbuat baik pada
yang bernyawa, terutama ibubapa,
Pakaian tu yang
comel molek sambil menutup aurat,
Takmo kapel-kapel,
nanti kat syurga boleh minta bidadari / bidadara ~ ^^
Makan minum pun
yang halal, kalau nak arak, boleh claim masa kat syurga, siap ada sungai arak
lagi ~
Kesimpulan :
Jangan mulut kata
mahu ke syurga,
Tapi hati entah ke mana,
Tindakan
tak tentu hala,
Nanti ternganga ~
^^
Subscribe to:
Posts (Atom)