Tapi haritu memang terbaik. Dapat panggilan pukul 6 petang, kak Sakinah Budiman minta tolong jadi wakil, main bola jaring. Ahayyy~ sangatlah tak reti ~ kali terakhir main pun darjah 6. Dah dekat 10 tahun dah tak main.
Nak dikabokan, petang tu dapat panggilan, malam tu terus gerak ke negeri sembilan. tapi, opkoslah dah minta izin ibubapa dahulu. Semangat tak ? :p
kitorang sampai kat n.9 tu pukul berapa entah. Tapi yang pasti, kebanyakannya dah gelong, mengantuk. Tapi sampai-sampai jep, kitorang dikenalkan dengan 2 orang sukarelawan yang akan jaga kitorang. Mula-mula nampak, kitorang dah bisik-bisik : "muka dia macam Black lah ~" Tapi tak pastilah yang lain-lain tu perasan ke tak. Tapi budak lelaki, hari terakhir baru nak perasan muka sukarelawan tu macam muka Black. Tak prihatin sungguh.. Haha !
Lepas dah diberi taklimat sedikit oleh ketua kontinjen, tibalah masa pemberian kamar beradu. Ketua kontinjen kata ada 3 bilik king-size. Disebabkan perempuan cuma 9 orang, maka ketiga-tiga bilik tu kitoranglah yang dapat. Tapi tak tahulah betul atau tak bilik tu king-size. Cuma yang pasti, katilnya memang king-size ~ Dah dapat kunci, semua menonong nak masuk bilik. Sebab siangnya semua dah sibuk menghadiri kelas, agak penat lah kan ~ Tapi kitorang tak reti bukak pintu. Canggih sangat ekpom pintunya. siap ada alarm lagi kalau pintu tak rapat. Padahal kalau tengok dari luar, biasa-biasa sahaja hotelnya.
ney lah hotelnya. Kat Jalan Toman 8 ~
Esoknya, kitorang kena turun pukul & pagi untuk ke lokasi-lokasi pertandingan. Tempatnya lain-lain. Mula-mula pasukan Paintball dulu yang turun bas. Lepas tu pasukan bola jaring ~
kitorang sampai-sampai, nampak ada yang tengah panaskan badan + berlatih. Yang kelakarnya, kitorang ney tak ada baju seragam, berlenggang pulak tu, bola pun tak ada, kasut pun kasut berjalan. ada 3 orang jep yang bawak kasut sukan. Haha ! Masuk-masuk jep, dah nampak banyak pasukan. Ada yang tengah sarapan jugak. Tapi dorg ney nampaklah semangat berpasukan sikit daripada kitorang ney. Dah lah datang berlenggang, lapar pulak tu. Semua ingat makanan disediakan. Ghopenya kena cari sendiri. Sementara ada yang pergi mencari sarapan, yang lain-lain duduklah kat tepi, kat-kat tempat penonton. Memang dah nampak gaya penonton, dengan beg ladies lagi tu ~ Rasanya semua yang tengok kitorang, takkan ada yang jangka kitorang ney pemain.
Mula-mula tengok Melaka lawan apa entah, tapi sangat tangkas dan lincah lah corak permainan dorg. Kitorang dah macam : "nasib baik tak lawan dorg ney". Kitorang waktu tu game pukul 1030pagi tapi banyak injak masa lah pulak. tu yang melilau tu. Tiba-tiba sampai giliran MBN Perak. Kitorang dengan tak pernah buat latihan, tak ada bola, tak bawak kasut sukan, tak ada bip, pergilah minta pinjam bola kat MBN Perak tu dengan menggunakan nama KPIP : "akak, saya ahli Kesatuan Pelajar-pelajar Islam Perak, tapi kat sini mewakili PKPIM. Boleh tak, kalau kitorang nak pinjam bola sekejap untuk praktis." Bola deme banyak ~ kawan pun ada cuba minta pinjam tapi tak dapat. Kena sesama geng Perak dulu kot, baru deme bagi pinjam ~ tapi, alhamdulillah, walaupun deme bagi pinjam sekejap, puas hati lah, dapatlah jugak ambil feel pegang bola jaring.
Dah sampai giliran kitorang ~ Lawan pertama kitorang, pasukan ABIM.
ney scoreboard nya ~
tapi kitorang tak kisah. Kenapa ? Nanti akan diceritakan ~
Lepas tu perlawanan seterusnya dengan MBN Terengganu.
haha ~ yang ini lagi kelakar. kitorang main gelak-gelak ~ :D
Dengan pasukan ABIM, kitorang lawan jep ~ walaupun semua memang tak reti main. Belasah jep caranya ~
Adalah antara kitorang yang mulanya kompiden boleh menang lawan ABIM, sebab PKPIM ney adik-beradik dengan ABIM. Dan ABIM ney kan kebanyakan yang kitorang jumpa kalau buat program, yang dah berusia 25tahun ke atas lah biasanya. Alih-alih, masa perlawanan, ABIM ambil pasukan dari ABIM Negeri Sembilan, dari IKBN, muda-muda pulak tu. Umur baru 18-19 tahun. Yang kelakarnya jugak, masa mula-mula main, scoreboard tu tersalah letak markah. ABIM dah dapat markah baru diperbetul. Mungkin sebab PKPIM ney persatuan yang rata-ratanya belia muda, pasukan ABIM kan muda-muda berbanding kitorang ney yang muka matang ~
Lepas dah selesai perlawanan dengan ABIM, kitorng terus serbu pasukan ABIM. Seronok jumpa adik-beradik dari negeri lain ~ ^^
ABIM - PKPIM
oyep, PKPIM ney 3 serangkai. PKPIM-ABIM-WADAH. PKPIM untuk mahasiswa, ABIM untuk belia, Wadah untuk golongan veteran. Tapi berlandaskan 1 platform, 1 wadah, 1 perjuangan ~
PKPIM-ABIM-WADAH
Tengah-tengah sembang tu, tiba-tiba muncul Ketua Kontinjen, ajak bergambar lagi sekali, dan lagi bersama orang-orang MBM, dan lagi beserta dengan poster Hands For Gaza ~ Ghopenya yang budak-budak lelaki dah mula berjalan mendapatkan kutipan untuk tabung Hands for Gaza walau di mana mereka pergi. Semangat kan ~ alhamdulillah ~
Lepas tu lawan dengan MBN Terengganu dalam pukul 1220 tengahari. Kitorang lawan tu memang terbaik ! semua statik kat situ jep. Pasukan Terengganu main 2 langkah sahaja. Dari Center ke Wing Attack, dari Wing Attack terus ke Goal Shooter. Yang GS tu pulak tak pernah terlepas sasaran. Dapat je bola kat tangan, terus shoot, terus masuk ~ Tapi pasukan Terengganu memang pemain bola jaring. Ada borak dengan sukarelawan kat situ, doeg cakap pasukan Terengganu memang pasukan SUKMA. Patutlah cara permainan sangat cantik ! ^^
Dapatlah jugak merasa pengalaman bertemu dengan pasukan-pasukan hebat seluruh Malaysia. Sabah Sarawak pun ada ~ ^^
Yang tak best nya, kitorang ney semua kecil-kecil dibandingkan dengan pasukan Terengganu, tapi dorg boleh pulak mempermainkan ketinggian salah seorang pemain kitorang yang sememangnya kecil molek. Tapi bila dah dijadikan 'bahan' tu, tak sedap lah. menghina ciptaan ALLAH wey ~
antara hikmah yang kitorang dapat ;
1- jangan over-confident tentang apa yang kita belum hadapi. Kadangkala perkara tu berulang, tapi situasinya pasti berlainan. Setiap keadaan, ALLAH mesti ada kejutan untuk kita ~ macam yang saya cakap memula, ada yang berkeyakinan boleh menang menentang ABIM, alih-alih tengoklah scoreboard tu. Memang rasa jatuh juga, tapi ALLAH itu Maha Penyayang, DIA bagi kami 1 jaringan juga supaya kami bersyukur dan bermuhasabah.
2- Perlunya merefleksi kembali terma 'rekreasi' yang kami fahami. Perlu diseimbangkan juga antara rehlah, tadabbur alam dan sukan. Tambahan pula semua sedia maklum bahawa salah satu perang saraf menentang muslimin adalah sukan, jadi da'i tidak harus hanya duduk di majlis-majlis bertutup dengan kerusi empuk, penghawa dingin dan pendengar yang terangguk-angguk, tetapi juga melalui sukan.
3- Walaupun kita sedar kita ini banyak kekurangan, jangan sesekali berputus asa ~
4- PKPIM ini terkenal dengan jolokan persatuan yang bersifat intelektual. Tapi, kami ok jep dengan sukan ~ haha ~ malahan ramai daripada kitorang yang minat sukan, tapi masih bertahan dalam persatuan. Cuma majoritinya tak gemar akan konsep pertandingan sahajalah ~ tapi ok jep. Jadi, PKPIM harus sedia menghadapi minat para belia yang pelbagai dalam misi tanwiri-taghyiri-tanriri ~ Jangan hanya terlalu intelektual hingga rakan-rakan kita yang kurang meminati majlis-majlis yang diakui mendalam, ketinggalan dalam sama-sama menuju syurga ALLAH ~
5- Bersedia dalam apa jua keadaan, situasi, dan kehendak.
Keesokannya, kami melawat pasukan futsal. Futsal ajelah pun yang paling lama bertahan bagi kontinjen PKPIM ~ Macam-macam pengalaman kitorang dapat. Almaklumlah tak pernah pergi gelanggang futsal, tengok futsal secara langsung,..,..
tapi,,, orang-orang kat situ mesti pelik nengok saya yang berpurdah ke kawasan semacam itu. Tapi,,, saya peduli hape kannn, asalkan tak buat perkara yang ditegah ALLAH. Kalau ke gelanggang futsal, sangat-sangat-sangat lah afdhal kalau tak pergi, tapi takkan saya nak duduk kat hotel tu sensorang ~ lagilah kurang molek. *alasan.. :p
Tapi futsal kalah kepada pasukan MBN Terengganu dengan 3-0. Ok lah tu, sebab masing-masing dah mencuba yang terbaik. walaupun kami hanya penonton, tapi kami tahu itu.. Tahniah atas usaha keras kalian yang hanya memakai kotak sebagai simpad.. ^^
*setiap permainan, kitorang tak ada coach, tak ada dana, pakaian sukan seragam, dan peralatan. Simpad pasukan futsal tu pun, hasil kreativiti mahasiswa Kolej Darul Hikmah ney hah ~ :D
Lepas habis tengok futsal, kitorang jenjalan dengan membawa tabung Hands for Gaza. *Nampak macam kitorang datang situ bukan untuk bersukan, tapi untuk berkempen; bak kata somebody tu lah kan ~
Malam tu pun semasa upacara Penutupan Pesta, MB Negeri Sembilan pun turut serta melancarkan tabung tersebut. Dan saudara Fazril diberi penghormatan untuk berucap sempena pelancaran tabung tersebut. Dan para belia semua menyambut dengan semangatnya. Mula-mula tu cuak juga sebab kami tak tahu pun ada agenda pelancaran ney. Tiba-tiba abang Fazril menghulur tabung, ambil seorang satu tabung. Jadinya kami memang tak tahu nak buat apa. Bila dah dengar sahutan para belia semasa ucapan abang Fazril tu, kami pun dengan muka blurrr, hulur lah, pergi berjalan menghulur tabung kepada yang sudi menderma ~
Alhamdulillah, dapat juga kami membantu warga Gaza walaupun blur-blur-takut-takut. Pemurah-pemurah yang hadir malam tu. jumlah keseluruhan kutipan malam tu : RM3,070.00. Alhamdulillah ! Misi bantuan seterusnya oleh Global Peace Malaysia ney pada 27 November 2012. Sesiapa yang nak menyumbang :