Saturday, 27 August 2011

3 GOLONGAN


by Wan Fadli on Wednesday, May 4, 2011 at 6:17pm
DALAM sebuah hadis drpd Abu Hurairah RA yg diriwayatkan oleh Muslim,menceritakan pembalasan yg diperoleh oleh tiga orang lelaki mengenai amalannya semasa mereka hidup di dunia ini. Mereka diadili pada hari kiamat kelak di hadapan Allah SWT utk diberikan pembalasannya. Sebelum mereka diberikan pembalasannya terlebih dahulu Allah bertanya tentang amalan yg dilakukan.

ORANG LELAKI YANG MATI SYAHID

Setelah dia dihadapkan ke muka pengadilan utk diadili segala amalannya,terlebih dahulu dia diperlihatkan dengan pelbagai kenikmatan sebagai pembalasan di atas amalan yg dilakukannya. Sebelum itu dia ditanya oleh Allah tentang amalannya di dunia ini “Apakah yg telah engkau lakukan semasa hayatmu di dunia?”

Lelaki tersebut menjawab “Aku telah berperang demi Engkau hingga aku terbunuh”.

Lalu Allah berkata kepadanya “Bohong,engkau berperang bukan kerana Aku tetapi supaya engkau disebut orang sebagai pahlawan. Kini gelaran itu telah engkau peroleh”.Kemudian Allah memerintahkan supaya dia diseret ke dalam neraka

SEORANG LELAKI YANG SERING MEMBACA AL-QURAN,RAJIN MENUNTUT ILMU DAN MENGAJARKANNYA KEPADA ORANG LAIN

Setelah dia dibawa ke muka pengadilan untuk diadili dan diberi pembalasan di atas segala amalannya,terlebih dahulu diperlihatkan kepadanya dengan pelbagai kenikmatan atas amalannya semasa di dunia ini. Akan tetapi sebelum itu dia ditanya oleh Allah tentang amalan yg dilakukannya “Apakah yg telah Engkau lakukan semasa hayatmu di dunia?” Lelaki itu menjawab “Aku mempelajari pelbagai ilmu dan mengajarkannya semula kepada orang lain serta aku sering membaca al-Quran kerana Engkau”.

Lantas Allah berkata “Bohong,engkau belajar dan mengajar bukan kerana Aku,engkau membaca al-Quran pun bukan kerana Aku. Akan tetapi engkau belajar dan mengajar supaya dikatakan oleh orang engkau seorang yg pintar. Kini sebutan itu telah engkau peroleh. Engkau rajin membaca Al-Quran pun bukan kerana Aku,akan tetapi supaya dikata orang engkau seorang Qari. Dan gelaran itu pun sudah engkau peroleh”. Lalu Allah memerintahkan supaya lelaki tersebut diseretkan ke dalam neraka.

SEORANG LELAKI YANG DERMAWAN

Setelah dia dibawa ke muka pengadilan utk diadili dan diberikan pembalasan atas segala amalannya,terlebih dahulu diperlihatkan kepadanya dengan pelbagai kenikmatan di atas amalan yg dilakukan semasa hidup di dunia ini. Akan tetapi sebelum itu,dia ditanya oleh Allah SWT tentang amalan yg dilakukannya “Apakah yg telah engkau lakukan semasa hayatmu di dunia?”

Lelaki itu menjawab “Aku telah membelanjakan segala harta kurniaan-Mu kepadaku ke jalan yg Engkau sukai”.

Lalu Allah berkata kepadanya “Bohong,engkau membelanjakan hartamu supaya dikata orang engkau seorang yg dermawan. Kini engkau memperoleh gelaran tersebut”. Lalu Allah memerintahkan supaya lelaki tersebut diseretkan ke dalam neraka.

No comments:

Post a Comment